Lucky Charms Rainbow

Friday, March 15, 2013

Bagaimana untuk mencegah pertumbuhan bakteria di dapur Bagaimana untuk mencegah pertumbuhan bakteria di dapur hanya dengan beberapa peraturan, mencegah bakteria panoszenia, di setiap penjuru

Menggunakan hanya beberapa peraturan, mengelakkan bakteria panoszenia di setiap penjuru. Walaupun mereka tidak melihat dengan mata kasar, saya percaya bahawa terdapat kira-kira satu juta. Basuh tangan dengan kerap semasa memasak apa-apa. Sabun perlu diletakkan dengan cecair pencuci. Ia sering mengingatkan orang lain keperluan untuk banduan untuk membasuh tangan mereka sebelum dan selepas setiap aktiviti. Kajian menunjukkan bahawa membasuh tangan dengan air bukan sahaja membunuh bakteria, tetapi dengan air suam, ya. Basuh papan pemotong dan peralatan serta-merta selepas digunakan. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk. Ini akan menghalang bahan-bahan toksik di dapur. Makan hidangan yang disediakan sekurang-kurangnya 2 jam selepas tukang masak, dan tidak meninggalkan sisa di atas pinggan. Kajian menunjukkan bahawa selepas 2 jam, bakteria mula membiak. Apabila daging masak, warna perubahan, tidak membuktikan bahawa ia sudah masak. Mereka masih boleh menjadi bakteria yang berbahaya kepada manusia, jadi anda perlu melabur dalam termometer memasak, yang digunakan untuk memeriksa jika daging dimasak telah mencapai suhu yang diperlukan untuk membunuh bakteria.

Saturday, March 9, 2013

Grand Opening 18/11/2012

No.2095-1, Jalan 3/1, Batu 3 1/2, Bandar Sungai Buloh, 47000 Selangor.
Business Hour : 10.00 am until 9.00pm
Office No. : 03-61402307

Thursday, March 7, 2013

Tip Memiliki Dapur Yang Ideal by Apih

Dapur adalah antara ruang penting dalam setiap rumah. Ia bukan sekadar tempat memasak atau menyediakan makanan, tetapi di sini juga boleh menjadi tempat pertemuan sesi keluarga, berbual sambil bertukar fikiran mengenai hal kekeluargaan, kerja atau peribadi.

Sesetengah orang menjadi dapur sebagai tempat untuk mencari ilham, menenangkan diri, melapangkan fikiran sambil menghirup secara kopi atau teh panas. Pendek kata, dapur juga menjadi tempat ‘sosial’ kepada sesi keluarga.

Hari ini dalam setiap rumah moden, membina kabinet dapur menjadi satu kebiasaan. Ia bukan saja untuk menjadikan suasana dapur yang kemas tetapi selamat dan praktikal.

Oleh kerana dapur menjadi tempat yang sering ‘dikunjungi’ oleh setiap sesi keluarga, ruang dan pembinaan kabinet dapur haruslah tidak mengabaikan ciri-ciri keselamatan, terutama kepada kanak-kanak.
Ia seharusnya tidak terlalu sempit sehingga menyukarkan pergerakan dalam setiap aktiviti ketika di dapur. Selain faktor kekemasan binaan, perkara lain seperti lantai, peralatan, reka bentuk kabinet sehingga kepada bentuk kunci bagi almari kabinet dapur adalah antara aspek keselamatan yang diambil kira.

Info:

Pastikan jubin dapur bukan daripada seramik licin. Percikan air atau minyak di atas lantai jubin yang licin ini boleh mengundang kecelakaan. Pilih jubin dengan permukaan agak kasar dan ada cengkaman lebih baik. Penggunaan kayu sebagai lantai dapur juga pilihan yang baik.
Pastikan laci dan pintu almari kabinet mempunyai ‘ruang’ untuk jari tangan untuk membukanya. Laci yang banyak mengundang perasaan ingin tahu kanak-kanak.
Pastikan ada ruang khas untuk menyimpan peralatan berbahaya seperti pisau, gunting, pemecah ais. Elak daripada boleh dicapai kanak-kanak. Rak penyimpanan bermagnet adalah idea paling sesuai menempatkan pelbagai barangan tajam dan berbahaya ini. Anda juga harus mengelak daripada menggunakan tombol atau pemegang pintu almari kabinet atau laci dengan hujung tajam. Carilah tombol atau pemegang pintu berbentuk bulat.
Jika kabinet dapur hendak dilengkapi ketuhar, sebaik-baiknya ia berada pada kedudukan tinggi supaya tidak boleh dicapai kanak-kanak. Kabinet bahagian atas, seelok-eloknya tidak terlalu tinggi sehingga menyukarkan anda mengambil barang dan mengelak barangan jatuh menimpa anda.
Setiap laci barangan mestilah dilengkapi alat penghadang bagi mengelakkan laci daripada terkeluar apabila ditarik.
Tungku dapur memasak pada kabinet dapur sepatutnya jauh daripada tingkap. Peti sejuk juga mesti diletakkan agak jauh kerana haba dapur boleh menjejaskan suhu peti sejuk. Sinki yang berada terlalu jauh dengan dapur juga dianggap kurang praktikal.

PERCUMA: Panduan Membersihkan Kabinet Dapur


Kabinet yang berkemasan kayu yang dicat, logam, laminat, dan vinyl corak ira kayu hanya perlu dibersihkan dengan bahan pencuci bercampur air suam dan dicuci dengan span atau kain yang dibasahkan di dalam air bersih. Gunakan kain kering atau tuala kertas bagi mengelap kering permukaan kabinet untuk mengelakkan ia merekah atau melendut.

Kabinet kayu berkemasan warna boleh dibersihkan dengan menggunakan pelbagai bahan pencuci yang ada di pasaran. Lazimnya terdapat semburan khas untuk kayu. Pastikan anda membaca dahulu label yang disertakan sama ada pencuci berkenaan sesuai atau tidak dengan kabinet kayu anda.

Friday, November 9, 2012

New Year Sales Tuscani Hood + Hob

TSC HD-632D

  • • 304 Stainless steel
  • • 1250m³/hr air flow
  • • Digital display switch with time function
  • • 3 speed motor
  • • Uragano High Performance Turbine Motor
  • • Washable 5 layers of stainless steel filter with metal lock
  • • Charcoal filter included
  • • 2 halogen lamps
  • • Teflon coated blades
  • • Concealed oil cup

TSC HD-633D

  • • 304 Stainless steel
  • • 1250m³/hr air flow
  • • Digital display switch with time function
  • • 3 speed motor
  • • Uragano High Performance Turbine Motor
  • • Washable 5 layers of stainless steel filter with metal lock
  • • Charcoal filter included
  • • 2 halogen lamps
  • • Teflon coated blades
  • • Concealed oil cup

TSC 3G+1WK(SS)


  • • 304 Stainless steel
  • • Cast iron pan support
  • • Cast iron support
  • • Safety valve
  • • Battery ignition
  • • 4 Sabaf gas burners
  • - Pro burner: 4.25Kw
  • - Semi rapid: 2.8Kw
  • - Auxiliary: 1.25Kw



TSC 2G+2WK(SS)

  • • 304 Stainless steel
  • • Cast iron pan support
  • • Cast iron support
  • • Safety valve
  • • Battery ignition
  • • 4 Sabaf gas burners
  • - Pro burner x 2: 4.25Kw
  • - Semi rapid: 2.8Kw
  • - Auxiliary: 1.25Kw






Wednesday, November 7, 2012

SEPELAN DAPUR YANG PRAKTIKAL UTK KEDIAMAN TERES


Ruang yg sempit tdk menjadi halangan di dlm mewujudkan persekitaran dapur yg menarik, praktikal dan selesa. Apa yg lebih penting ialah pengolahan serta susunan elemen dapur yg memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Prinsip asas sesebuah dapur ialah penyusunan tiga elemen utama iaitu singki, dapur dan juga peti sejuk.

Singki, dapur dan peti sejuk, biasanya disusun secara tiga segi bg memudahkan pergerakan dan penggunaan elemen tersebut. Pun begitu terdapat pengecualian bg penyusunan dapur sebegini terutama bg kediaman yg mempunyai dapur yg agak sempit dan memanjang. Bagi dapur yg mempunyai ruang yg memanjang, kedudukan elemen tersebut boleh disusun secara selari bg mengelakkan kesesakan dan memudahkan pergerakan.

Asas bg peletakan singki ialah ianya haruslah berada di bahagian tingkap kerana bg memudahkan pengaliran udara dan mendapatkan pencahayaan semula jadi. Ini akan memastikan kawasan ini lebih mudah kering. Dapur pula handaklah diletakkan di kedudukan sebelah singki dan elakkan dari berdekatan dgn tingkap kerana angin yg bertiup boleh menyebarkan api ketika memasak. Peti sejuk pula biasanya diletakkan di penjuru yg ke tiga dlm susun atur dapur.

Bagi ruang dapur yg sempit, kabinet dapur boleh dipasang sehingga mencecah bahagian siling. Ini akan dpt menjimatkan ruang dan mengelakkan pembaziran ruang yg tidak berguna. Selain daripada itu, kabinet yang mencecah siling juga kelihatan lebih kemas kerana ketiadaan ruang ruang yg kosong. Untuk meja makan pula, pastikan ruang dapur mempunyai keluasan paling minima utk membolehkan peletakan meja makan. Meja makan yg terlalu besar dikhuatiri akan menggangu sistem aliran pergerakan di dlm ruang dapur.


MAINAN CERMIN DI RUANG TAMU

Dekorasi menggunakan cermin memang hebat dan berkesan untuk memberi penampilan ruang tampak luas dan istimewa. Gaya versatil yang dimainkan oleh material ini tidak boleh di nafikan. Setiap bentuk, Saiz, Potongan dan Perletakan cermin tersebut memberi kesan yang berbeza.


  1. Gunakan cermin bersaiz besar dgn ukuran satu panel dinding untuk membentuk ruang dapur yg lebih luas. Perletakan cermin ini turut berfungsi sebagai titik fokus yang memberi impak hebat di ruang dapur.
  2. Menempatkan dua cermin di bahagian dinding bertentangan di ruang dapur turut memiliki impak yang tersendiri. Bukan sahaja memberi ilusi ruang berganda luas malah menonjolkan gaya yang lebih ekslusif ruang dapur.
  3. Pastikan biasan imej yang dipantulkan daripada peletakan cermin di ruang dapur dapat adalah merupakan sesuatu objek yang menarik utk membantu membentuk ruang dapur yg sempurna.
  4. Aplikasi cermin bersaiz sederhana di ruang panel tahan percilkan umpamanya dpt menyuntik cahaya di dlm sudut yg gelap. Fungsi cermin tersebut berganda kesannya apabila anda sedang memasak dgn api dapur terpasang. Biasan cahaya memberi impak istimewa di ruang dapur.
  5. Perggunaan aksesori seperti alas pinggan yg direka menggunakan elemen cermin tidak kurang hebatnya utk menyuntik nilai dekorasi mewah. Gaya yg hebat seperti ini akan memancing tumpuan sesiapa pun ketika di meja makan. Ini ditambah pula dgn gandingan pinggan mangkuk yg ekslusif akan membiaskan impak yg hebat penatan di meja makan secara keseluruhan.
  6. Penggayaan cermin sebagai aksesori dinding di ruang dapur mahu pun di ruang makan turut boleh dijadikan helah utk menutupi kesan kerosakan pd dinding. Cara ini mudah dan ringkas utk diaplikasikan.
  7. Menghias ruang dgn menggantung bingkai cermin ada faedahnya. Ia boleh diubah kedudukannya dari masa ke semasa. Setiap kali diubah, ia akan memberi kesan mood berbeza pd. ruang.
  8. Memberi kelainan, gayakan peletakan cermin di bahagian siling ruang makan. Tata hias meja makan yg sempurna akan membentuk imej yg istimewa di ruang siling anda dan kesannya sungguh menakjubkan.
  9. Pilihan bingkai cermin harus diambil kira juga utk memberi impak dekorasi ruang yg diingini. Contohnya bingkai cermin yg dipenuhi dgn kulit siput dan cangkerang sesuai digayakan di ruang dapur berkonsepkan tropika. Secara amnya, rekaan bingkai yg tepat akan menyokong konsep ruang yg ingin direncanakan.
  10. Gandakan impak dgn peletakan cermin di bahagian belakang item kegemaran yg ditempatkan di unit pamer. Cara ini dpt membiaskan item tersebut lebih gah dan bergaya  utk dipamerkan di ruang dapur.