Lucky Charms Rainbow

Friday, October 12, 2012

Tips Penjagaan Kabinet Dapur

- Air - 
- resapan air
v
Kebiasaannya top kabinet (table top) 
yang diperbuat daripada bahan simen adalah yang terbaik 
dan kurang memberi masaalah kepada pengguna. 
Bagi penggunaan multitop sebagai kemasan top kabinet, 
cara penggunaannya setara dengan penggunaan 
'tiles table top' cuma 
jangan sekali-kali membiarkan 
dengan bersikap sambil lewa 
apabila terdapat kesan resapan air samada 
dari paip atau dari tebing sinki yang kebiasaannya 
diletakan 'silikon' sebagai bahan penebat air ... tindakan >

  • Panggil pembekal asal kabinet dapur anda dan maklumkan perkara tersebut untuk tindakan segera pastinya melibatkan kos yang kurang berbanding kerosakan yang semakin merebak.
  • Sekiranya pembekal asal kabinet dapur anda tidak dapat dihubungi, cuba hubungi pula mana-mana pembuat perabut terdekat untuk mendapatkan sebutharga kerja pembaikan tersebut seterusnya kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera.

- Minyak masak
- penyebaran wap minyak masak -  

Sekiranya kita tidak menggunakan hood, 
wap air yang bercampur minyak masak akan tersebar 
ke udara semasa memasak. 
Wap air yang bercampur minyak ini 
akan melekat di permukaan-permukaan ruang dapur 
dan keseluruhan rumah (jika mempunyai konsep dapur terbuka seperti kebanyakan kondominium dan rumah kompak)... tindakan >
  • Memasang 'exzos fan' didinding dan dihidupkan setiap kali memasak
  • Memasang hood (berpenapis atau ducting)
  • pastikan kapasiti udara (meter padu) yang dapat ditapis atau disedut keluar adalah pada tahap optimum atau lebih

With My Lovely Customer


Sunday, October 7, 2012

2012 Melamine New Colour









Merancang kabinet dapur anda

Saya merupakan seorang pereka dalam yang ingin berkongsi tip pada anda. Selamat membaca!

Dapur boleh dikatakan adalah tempat yang istimewa buat orang perempuan. Jadi dapur yang selesa dan cantik akan lebih memberi semangat untuk kaum hawa ini untuk menjalankan tugas mereka. Fungsi asas dapur sebenarnya ada 3:

a) Menyediakan makanan
b) Memasak dan menghidang
c) membasuh pakaian.

Jadi dalam merancang untuk kabinet dapur yang ideal, pergerakan dalam melakukan tugas-tugas diatas tidak akan menganggu perjalanan kita dari satu kawasan ke satu kawasan. Sebab itu dalam asas konsep hiasan dalaman "Working triangle" amat penting.

Dalam merancang pembinaan kabinet dapur supaya "working triangle" kita selesa hendaklah kita membuat sedikit perancangan. Cth:

a) Ruang dapur berapa luas, tingkap kat mana, pintu kat mana, paip kat mana.
b) Perkakas - perkakas elektrik, peralatan dapur dan sewaktu denganya dimana hendak diletakan.
c) Lampu atau aksesori lampu dimana hendak diletakan.
d) Menentukan "finishing" iaitu material samada nak pakai laminate, acrylic, solid wook, chipboad dan sebagainya.

Perkara diatas adalah asas permulaan dalam merancang kabinet dapur samada dalam ruang yang sempit atau luas.

 Apa itu 'Walking Triangle'?

Ianya sebenarnya adalah gabungan 3 zon. Untuk mendapat ruang yang maksima dalam merancang kabinet 'walking triangle hendaklah berada dalam ukuran 3600mm dan 6600mm. Ianya adalah untuk mengurangkan kesesakan semasa melakukan kerja-kerja di dapur.

1) Kabinet dapur berbentuk koridor.

Dapur ini biasanya dapur ruang kecil. Dapur jenis ini kebanyakannya dapur apartment. Rekabentuk paling ideal adalah mempunyai dua baris kabinet dapur. Ruang minima adalah 1200mm.

2) Kabinet dapur jenis L-Shaped.

Ini merupakan salah satu rekaan bentuk yang ideal. Memudahkan pergerakan dan boleh banyak menyimpan barang dan perkakas elektrik.

3) Kabinet dapur berbentuk U

Ini merupakan rekaan kabinet dapur yang sangat menyenangkan. Ianya memudahkan pergerakan dan senang untuk mencapai peralatan. Seperti biasa ideal ukuran untuk kabinet dapur jenis ini ialah ruang atau 'gap' minima ialah 1200mm

4) Kabinet dapur yang ditambah dengan 'Island'

Ini merupakan dapur mewah. Kebanyakanya untuk ruang dapur yang luas. Pergerakan yang selesa dan ditambah dengan 'Island'.



Friday, October 5, 2012

Kabinet dapur modular atau kustom?


Salah satu perkara yang anda perlu faham apabila membuat tempahan kabinet dapur adalah, adakah pembuat kabinet dapur anda menawarkan produk berasaskan rekaan modular atau kustom? Di dalam pasaran ada sesetengah pembuat kabinet dapur hanya menawarkan produk dari jenis modular, ada yang boleh menawarkan kedua-duanya dan ada yang hanya membuat rekaan secara kustom sahaja.
Kabinet dapur modular lebih mudah difahami jika anda melihatnya sebagai kabinet pasang-siap di mana setiap komponen yang dipasang mempunyai saiz yang telah ditetapkan secara standard. Kebaikan menggunakan sistem modular kepada pembuat kabinet dapur adalah, mereka boleh menyiapkan komponen-komponen kabinet mereka lebih awal – misalnya badan kabinet – walaupun belum ada tempahan untuknya. Dengan adanya simpanan stok komponen, pembuat kebinet dapur jenis ini dapat membuat penghantaran dan menyiapkan kabinet dapur anda dalam tempoh yang lebih cepat dari pembuat kabinet dapur kustom.
Satu lagi kelebihan sistem modular kepada pembuat adalah, mereka boleh menawarkan produk berasaskan skim harga yang standard – misalnya menyebutharga mengikut kaki persegi atau kaki panjang. Ini kerana setiap komponen kabinet mereka tetap dan tepat bahan serta ukurannya. Oleh itu harganya juga boleh ditetapkan. Walaupun begitu, sebutan harga kabinet dapur modular biasanya dipecahkan kepada beberapa bahagian. Misalnya – harga komponen tidak termasuk kos penghantaran, kos pemasangan dan kos-kos lain seperti penyambungan paip, penambahan pendawaian elektrik dan sebagainya. Sebutan harga komponen biasanya kedengaran “murah” tetapi apabila semua kos yang terlibat diambilkira, harga keseluruhan yang perlu dibayar mungkin tidak ada beza dengan harga yang ditawarkan oleh pembuat kabinet dapur kustom atau boleh jadi lebih mahal.

Bagi anda yang ingin mendapatkan kabinet dapur  yang unik atau lebih kukuh dan dibina mengikut keperluan praktikal mahupun estetika anda sendiri, kabinet dapur berasaskan sistem modular mungkin bukan untuk anda. Oleh itu anda perlukan pembuat kabinet dapur yang membuatnya secara kustom. Pembuat kabinet kustom akan mengambil kira setiap inci ruang yang ada untuk dimanfaatkan dalam rekaan mereka. Ini bermakna setiap komponen dibina dengan ukuran-ukuran yang diselaraskan mengikut keperluan rekaan. Hasilnya kabinet dapur anda akan dapat menonjolkan ciri atau karakternya yang tersendiri selain dari kemungkinan ia lebih praktikal, lebih teguh serta melekapi ruang dengan lebih kemas.
Bagaimanapun, ada juga kekurangan sistem modular kepada pelanggan. Misalnya, oleh kerana setiap komponen mempunyai saiz yang tetap, ia bermakna rekaan atau gaya kabinet dapur anda terpaksa menurut ciri-ciri modular berkenaan. Anda tidak mempunyai banyak pilihan untuk menjadikan kabinet dapur anda unik. Antara contoh pengeluar kabinet dapur modular adalah Ikea. Jika anda membeli kabinet dapur dari Ikea, anda boleh terus membawa komponen-komponen kabinet dapur anda pulang bersama anda. Dengan perkhidmatan pemasangan yang disediakan, anda boleh melihat kabinet dapur anda siap dipasang dalam tempoh yang singkat.
Berbeza dengan pembuat kabinet dapur modular, pembuat kebinet dapur kustom biasanya tidak akan menyebutharga berdasarkan kaki persegi atau kaki panjang. Sebutharga mereka akan mengambilkira semua elemen seperti saiz, gaya rekaan, jenis bahan, aksesori, pengangkutan, kos-kos buruh fabrikasi dan pemasangan dan pelbagai lagi. Pendek kata, harga yang diberikan oleh pembuat kabinet kustom biasanya sudah mengambilkira semua perkara yang diperlukan untuk membuat dan menyiapkan kabinet dapur anda tanpa sebarang kos-kos lain yang disebut berasingan.

Anda merancang untuk membina sesebuah kabinet dapur?

Perkara utama yang perlu anda ketahui adalah ukuran-ukuran asasnya. Sebenarnya pembinaan dapur moden sudah pun mempunyai set ukuran-ukuran asas yang dianggap sebagai standard. Dengan menuruti ukuran-ukuran standard ini, dapur kita bukan saja dapat diselaraskan untuk tujuan ergonomik tetapi ia juga mudah disesuaikan dengan perkakasan atau aksesori lain.

Berikut adalah antara ukuran-ukuran asas yang perlu anda ketahui.


• A - Ketinggian table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja: 34 inci
• B - Ketinggian bar counter dari lantai ke permukaan bar: 42 inci
• C - Ketinggian wall unit (kabinet atas) dari lantai bermula pada paras: 60 inci
• D - Ketinggian wall unit (kabinet atas) yang standard: 24 inci kedalaman
• E - Kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang: 24 inci
• F - Kedalaman wall unit (kabinet atas) dari depan ke belakang: 12 inci
• G - Kedalaman bar counter: 16 - 24 inci


Lebar perkakasan juga penting untuk anda ketahui untuk merancang layout dapur. Dengan mengetahui anggaran ukuran yang betul, anda boleh melakukan perancangan awal dengan lebih baik. Ukuran-ukuran lebar perkakas dapur boleh dikatakan agak standard. Bagaimanapun standard yang dimaksudkan bukan sekadar satu ukuran - peti sejuk misalnya mempunyai beberapa ukuran lebar yang standard. Lebar sinki pula lebih bebas.

Selain itu anda juga perlu memastikan apakah ruang dapur yang anda miliki, samada kecil, sederhana, luas atau sangat luas. Ruang dapur lazimnya bergantung kepada jenis-jenis rumah. Jadi tidak semua rekabentuk kabinet dapur yang mungkin anda impikan akan bersesuaian dengan ruang dapur yang anda miliki. Berbincanglah dengan kami agar kami dapat memberikan pandangan untuk anda. Terdapat beberapa contoh pilihan kabinet dapur yang boleh mencetuskan idea, yang dimana, rekabentuk-rekabentuk ini selalu menjadi pilihan para pelanggan

Thursday, October 4, 2012

Care & Maintenance For Solid Surfaces


Removing Stains

Soapy water and a sponge will remove most stains. Do not use 409 or Fantastik. For
more stubborn stains use a blue scotch-brite pad and Soft-Scrub. Apply the Soft-
Scrub to the countertop and scrub in a circular motion using the blue scotch-brite pad.
Both of these products are available at most stores. Always scrub in a circular motion.
Finish by buffing in a circular pattern using an Abralon (soft, spongy, red and gray)
sanding pad. Polish using Countertop Magic or a similar countertop polish.

Heat Warning!

Solid surface materials withstand heat better than many other surface materials. However,
hot pans, electric frying pans, waffle irons, crock-pots, and other heat-generating
appliances, can damage the surface. To prevent heat damage, always use a trivet with
rubber feet between the appliance and the countertop.

General Guidelines

In most cases, solid surface can be repaired if damaged. However, be sure to follow the
guidelines here to prevent any permanent damage to your solid surface. Damage caused
by customer abuse or consumer error will not be covered under warranty.
Avoid exposing solid surface to strong chemicals, such as paint removers, oven
cleaners, etc. If contact occurs, quickly flush the surface with water.
Remove nail polish with a non-acetone-based nail polish remover and flush with
water.
Do not cut directly on your solid surface countertop. Cutting directly on it will
damage the surface. Always use a cutting board to protect your countertop.
Run cold water when pouring boiling water into sinks.
Always use a trivet under heat producing appliances. You should have been provided
a trivet with your countertop. If you did not receive one, please contact us. Hot pans
can also damage your solid surface. Use a trivet with legs or a hot pad, under all hot
pans.

Removing Cuts and Scratches

For minor scratches and blemishes follow the same steps used to remove stubborn stains.
For deeper scratches, start by sanding in a circular motion using a green scotch-brite
pad with Ajax cleanser or some other abrasive cleanser. Both of these products are
available in most stores. Scrub until all scratches are gone. Apply heavy pressure on the
scotch-brite at first, and then gradually use lighter and lighter pressure. Next sand with
a maroon scotch-brite pad. Again sand in a circular motion using light pressure covering a slightly larger area than previously sanded. Blend the area being sanded with the rest of the surrounding countertop. Then polish with a blue scotch-brite pad and Soft-Scrub. Next buff with an Abralon sanding pad. Remember to sand in a circular motion progressively using less and less pressure. Always wipe off the surface between sanding steps. Finish by polishing with Countertop Magic. All of these sanding steps can be accomplished by using an orbital palm sander or a vibrating sander.

For deeper scratches that cannot be removed with the above steps, please contact ProTops. We would be happy to explain how to remove deeper scratches by yourself. Some scratches and damage may require repair by a professional. Many customers will hire ProTops to professionally resurface their countertop as needed. Please contact us to schedule an appointment if you would like this service.

Solid Surface Sink Cleaning

Your sink has a matte finish on it. For normal cleaning, use a maroon or blue scotch-brite
pad and a mildly abrasive cleanser such as Soft Scrub®. Scrub in a circular motion. This
should remove most stubborn stains. Occasionally clean your sink by filling it 3/4 of the
way full with warm water. Put a cup of bleach in the warm water and let the solution soak
for 10 minutes. Drain and wash the sides and bottom of your sink completely with clean
water.