- Air -
- resapan air -
v
Kebiasaannya top kabinet (table top)
yang diperbuat daripada bahan simen adalah yang terbaik
dan kurang memberi masaalah kepada pengguna.
Bagi penggunaan multitop sebagai kemasan top kabinet,
cara penggunaannya setara dengan penggunaan
'tiles table top' cuma
jangan sekali-kali membiarkan
dengan bersikap sambil lewa
apabila terdapat kesan resapan air samada
dari paip atau dari tebing sinki yang kebiasaannya
diletakan 'silikon' sebagai bahan penebat air ... tindakan >
- Panggil pembekal asal kabinet dapur anda dan maklumkan perkara tersebut untuk tindakan segera pastinya melibatkan kos yang kurang berbanding kerosakan yang semakin merebak.
- Sekiranya pembekal asal kabinet dapur anda tidak dapat dihubungi, cuba hubungi pula mana-mana pembuat perabut terdekat untuk mendapatkan sebutharga kerja pembaikan tersebut seterusnya kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera.
- Minyak masak -
- penyebaran wap minyak masak -
Sekiranya kita tidak menggunakan hood,
wap air yang bercampur minyak masak akan tersebar
ke udara semasa memasak.
Wap air yang bercampur minyak ini
akan melekat di permukaan-permukaan ruang dapur
dan keseluruhan rumah (jika mempunyai konsep dapur terbuka seperti kebanyakan kondominium dan rumah kompak)... tindakan >
- Memasang 'exzos fan' didinding dan dihidupkan setiap kali memasak
- Memasang hood (berpenapis atau ducting)
- pastikan kapasiti udara (meter padu) yang dapat ditapis atau disedut keluar adalah pada tahap optimum atau lebih
No comments:
Post a Comment