Saya merupakan seorang pereka dalam yang ingin berkongsi tip pada anda. Selamat membaca!
Dapur boleh dikatakan adalah tempat yang istimewa buat orang perempuan.
Jadi dapur yang selesa dan cantik akan lebih memberi semangat untuk kaum
hawa ini untuk menjalankan tugas mereka. Fungsi asas dapur sebenarnya
ada 3:
a) Menyediakan makanan
b) Memasak dan menghidang
c) membasuh pakaian.
Jadi dalam merancang untuk kabinet dapur yang ideal, pergerakan dalam
melakukan tugas-tugas diatas tidak akan menganggu perjalanan kita dari
satu kawasan ke satu kawasan. Sebab itu dalam asas konsep hiasan dalaman
"Working triangle" amat penting.
Dalam merancang pembinaan kabinet dapur supaya "working triangle" kita selesa hendaklah kita membuat sedikit perancangan. Cth:
a) Ruang dapur berapa luas, tingkap kat mana, pintu kat mana, paip kat mana.
b) Perkakas - perkakas elektrik, peralatan dapur dan sewaktu denganya dimana hendak diletakan.
c) Lampu atau aksesori lampu dimana hendak diletakan.
d) Menentukan "finishing" iaitu material samada nak pakai laminate, acrylic, solid wook, chipboad dan sebagainya.
Perkara diatas adalah asas permulaan dalam merancang kabinet dapur samada dalam ruang yang sempit atau luas.
Apa itu 'Walking Triangle'?
Ianya sebenarnya adalah gabungan 3 zon. Untuk mendapat ruang yang
maksima dalam merancang kabinet 'walking triangle hendaklah berada dalam
ukuran 3600mm dan 6600mm. Ianya adalah untuk mengurangkan kesesakan
semasa melakukan kerja-kerja di dapur.
1) Kabinet dapur berbentuk koridor.
Dapur ini biasanya dapur ruang kecil. Dapur jenis ini kebanyakannya
dapur apartment. Rekabentuk paling ideal adalah mempunyai dua baris
kabinet dapur. Ruang minima adalah 1200mm.
2) Kabinet dapur jenis L-Shaped.
Ini merupakan salah satu rekaan bentuk yang ideal. Memudahkan pergerakan
dan boleh banyak menyimpan barang dan perkakas elektrik.
3) Kabinet dapur berbentuk U
Ini merupakan rekaan kabinet dapur yang sangat menyenangkan. Ianya
memudahkan pergerakan dan senang untuk mencapai peralatan. Seperti biasa
ideal ukuran untuk kabinet dapur jenis ini ialah ruang atau 'gap'
minima ialah 1200mm
4) Kabinet dapur yang ditambah dengan 'Island'
Ini merupakan dapur mewah. Kebanyakanya untuk ruang dapur yang luas. Pergerakan yang selesa dan ditambah dengan 'Island'.
No comments:
Post a Comment