Bajet adalah perkara pertama yang perlu ada untuk mengupah pereka yang berpengalaman supaya dapat mereka pelan dan reka letak ubahsuai dengan memberi khidmat nasihat agar menepati citarasa anda.
Anda juga haruslah melantik kontraktor berpengalaman supaya kualiti kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan dengan sempurna. Kami sebagai pereka yang dilantik bertanggungjawab menyusun semula kedudukan singki, hud, dapur, peti sejuk serta kelengkapan yang lain dengan rekaan yang lebih praktikal agar ia tersusun rapi sesuai dengan pelan lantai.
Anda perlulah memilih material yang berkualiti supaya tahan lama untuk mempertingkatkan dapur agar pengubahsuaian itu berbaloi. Akan tetapi melamin chipboard kami pada masa ini telah diperbaharui teknologinya dengan memasukkan ubat anti anai-anai ke dalam chipboard. Anda juga boleh memilih atau mengambil keputusan untuk menggunakan material kemasan high gloss, contohnya seperti Kaca 3G sesuai dengan trend masa kini ianya terkenal tahan calar.
Apabila anda membuat pilihan untuk kaunter top perlulah memilih bukan setakat cantik tetapi lebih praktikal, senang dijaga, dan tahan lama. kaunter top yg kami cadangkan untuk ruang dapur basah lebih kepada penggunaan kaunter top concrete atau granite. kemasan ini terkenal dengan kehebatannya dari segi kekukuhan dan nilai estetika yang tinggi. Jesteru, perlaburan menggunakan kekemasan itu di ruang dapur dilihat sebagai sesuatu yang sangat berbaloi.
![]() |
Material Pintu 3g Glass Dan Table Top Black Galaxy. |
No comments:
Post a Comment