SOLID SURFACE
Solid Surface adalah antara bahan yang paling sesuai untuk permukaan kabinet dapur.
Bahan
ini mempunyai ciri-ciri yang mudah dibentuk mengikut keinginan pemilik ,
mudah dibersihkan, serta mempunyai pelbagai pilihan warna menjadikan
material ini salah satu jenis permukaan yang versatil.
Terdapat 2 jenis ketebalan yang boleh dijadikan pilihan iaitu 1/2 inci dan 1/8 inci tebal.
MARMAR
Marmar
juga merupakan bahan yang sesuai dijadikan permukaan kabinet dapur. Ia
nya tidak mudah rosak, tidak mudah calar dan tergores, dan tidak mudah
terjejas akibat sisa makanan atau bahan beralkali jika betul
penjagaannya. Permukaan ini paling sesuai digunakan untuk penyediaan
makanan seperti doh.
Biasanya saiz marmar dipotong mengikut saiz standard iaitu 12 inci x 12 inci.
GRANITE
Granite kelihatan seperti marmar tetapi ianya lebih kukuh.
Permukaannya
juga lebih halus, licin dan stabil. Granite tidak mudah calar dan
senang untuk dibersihkan. Ianya juga kalis air, dan anda tidak perlu
risau kerana air tidak akan menjejaskan kualitinya. Kos nya agak tinggi
berbanding material yang lain kerana ianya sangat keras dan sukar untuk
memotong dan membentuk permukaannya. Harganya akan menjadi lebih mahal
jika anda memilih granite eksotik atau terdapat carikan emas tertanam di
dalamnya.
Untuk menjimatkan kos, biasanya pengeluar akan menghasilkan ketebalan standard iaitu kira2 3cm tebal.
KAYU BERLAMINA
Material
jenis ini adalah pilihan tepat untuk mereka yang mempunyai bajet yang
sedikit dan terhad. Ia juga sesuai diletakkan di kaunter bar. Biasanya
kawasan ini hanya digunakan untuk aktiviti-aktiviti ringan seperti makan
dan minum. Paling menarik, material ini mempunyai pilihan warna yang
pelbagai.Tetapi kayu berlamina
tidak dicadangkan untuk aktiviti lasak kerana material ini tidak tahan
terhadap air kerana ianya hanya diperbuat dari kayu dan dilaminakan.
KELULI TAHAN KARAT
Bahan
ini masuh baru dipasaran di Malaysia. Ianya menampilkan stail dan
konsep yang kontemporari. Kebanyakan ruang dapur profesional seperti
restoren dan hotel menggunakannya untuk permukaan kaunter kerja mereka.
Ianya amat mudah dijaga dan dibersihkan. Tetapi ianya tidak sesuai untuk
digunakan untuk kaunter semenanjung.
KAYU
Kayu
yang sesuai adalah nyatuh, mahagoney dan maple. Material ini sesuai
digunakan untuk kerja-kerja menguli doh. Selain itu juga, boleh
digunakan untuk memotong sayur atau bawang. Tetapi aktiviti ini akan
meninggalkan kesan calar pada permukaan nya.
No comments:
Post a Comment