PEMILIHAN WARNA
Pemilihan
warna cerah dan lembut adalah paling sesuai dan amatla digalakkan.
Contohnya warna beige, putih susu, putih mutiara atau kuning cair. Bagi
mereka yang berani dan suka kan kelainan, warna2 seperti ungu muda, biru
muda, merah jambu, hijau muda dan jingga muda boleh digunakan. Ini
kerana warna2 ini tergolong dalam warna2 lembut. Warna terang haruslah
dielakkan kerana warna2 ini akan menjadikan sesuatu ruang nampak lebih
kecil dari saiz sebenar.
AKSESORI
Kita
harus pandai memilih dan menyesuaikan aksesori dengan konsep dapur yang
dipilih. Jika kita tersalah pilih, dapur akan kelihatan semak dan
serabut. Contohnya, aksesori yang bersaiz kecil, jika dipamerkan dengan
jumlah yang banyak boleh mengakibatkan ruang dapur kelihatan tidak
teratur dan serabut. Minimumkan penggunaan aksesori. Cukuplah dua atau 3
aksesori sahaja digunakan atau gunakan aksesori yang praktikal sahaja.
SUSUN ATUR
Jumlah
perabot untuk ruang terhad mestilah sederhana supaya ada ruang untuk
laluan. Jangan meletakkan kabinet atau meja yang tidak mempunyai fungsi
yang penting di ruang dapur. Elakkan meletakkan meja makan di ruang
dapur jika ruang dapur kita hanya sekangkang kera sahaja.
SILING
Siling
yang tinggi akan menampakkan ruang dapur lebih luas. Ketinggian normal
siling adalah 9 kaki. Elakkan menggunakan plaster siling kerana ianya
akan merendah kan siling. Lebih baik tinggikan sedikit siling kira2
10kaki atau 11 kaki. Jangan menggunakan hiasan siling yang terlalu rumit
kerana ianya akan mengecilkan ruang dapur. Jangan mengecat siling
dengan warna2 yang gelap kerana ianya akan membuatkan siling kelihatan
lebih rendah. Warna siling yang paling sesuai adalah warna putih.
LAMPU
Lampu
yg diletakkan di bwh kabinet atas dan lampu tumpu ke arah siling alkan
memberikan ruang dapur kelihatan lebih tinggi dan luas.
LANTAI
Jangan
sesekali menambah kesesakan ruang dapur yang kecil dgn meletakkan
barang atau perkakas di atas lantai. Contohnya meletakkan bakul sampah.
Letak lah bakul sampah di dalam kabinet.
Hal ini dapat membantu laluan trafik dan menampakkan keadaan dapur lebih kemas dan selesa.
CAHAYA SEMULAJADI
Semakin
banyak cahaya masuk ke dlm sesebuah ruang, ruang tersebut akan
kelihatan lebih luas. Lebih elok jika tingkap di dapur lebar dan tinggi
untuk memudahkan cahaya masuk sepenuhnya disamping memberikan
pengudaraan yang bauk kepada ruang dapur.
No comments:
Post a Comment