Jika
kita mempunyai dapur yang besar, macam2 kita boleh buat..nak letak tall
cabinet, nak ada island di tengah-tengah, nak ada breakfast
table..semuanya boleh..tapi bagaimana pula bagi mereka yang mempunyai
dapur yang kecil dan comel, yang mempunyai ruang yang agak terhad.
Mempunyai ruang dapur yang kecil tidak menghalang kita untuk mendapatkan rekabentuk yang menarik.
Antara tindakan yang boleh diambil adalah:
-
jika kita memerlukan ruang penstoran yang agak banyak, kita boleh
menggunakan kabinet penuh hingga ke ceiling untuk kabinet atas. hal ini
dapat menambah kan lebih banyak ruang penstoran untuk perkakas dapur.
- untuk menampakkan ruang dapur lebih luas, gunakan warna2 lembut atau warna2 pastel..so dapur akan nmpak lebih luas
-
selain itu, cermin juga boleh digunakan samaada pada bahagian dinding
antara ruang kabinet bawah dan atau boleh juga menggunakan cermin untuk
material pintu. tetapi dinasihatkan tidak menggunakan cermin untuk semua
pintu, cuma gunakan untuk sebahagian pintu sahaja. cermin akan memberi
kesan terhadap ruang supaya kelihatan berganda (double effect).
-
untuk menampakkan dapur kelihatan menarik, gunakan warna-warna yang
terang pada satu2 sudut tertentu atau pada barang2 perhiasan yang
tertentu. ianya adalah sebagai focal point untuk sesuatu ruang dan
menjadikan ruang lebih segar dan menarik.
- menggunakan sinki yang tidak terlalu besar, so ruang kerja menjadi lebih luas.
- mintalah nasihat pereka dapur yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah anda.
semoga tips ini dapat membantu anda..selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment