Lucky Charms Rainbow

Wednesday, November 7, 2012

MAINAN CERMIN DI RUANG TAMU

Dekorasi menggunakan cermin memang hebat dan berkesan untuk memberi penampilan ruang tampak luas dan istimewa. Gaya versatil yang dimainkan oleh material ini tidak boleh di nafikan. Setiap bentuk, Saiz, Potongan dan Perletakan cermin tersebut memberi kesan yang berbeza.


  1. Gunakan cermin bersaiz besar dgn ukuran satu panel dinding untuk membentuk ruang dapur yg lebih luas. Perletakan cermin ini turut berfungsi sebagai titik fokus yang memberi impak hebat di ruang dapur.
  2. Menempatkan dua cermin di bahagian dinding bertentangan di ruang dapur turut memiliki impak yang tersendiri. Bukan sahaja memberi ilusi ruang berganda luas malah menonjolkan gaya yang lebih ekslusif ruang dapur.
  3. Pastikan biasan imej yang dipantulkan daripada peletakan cermin di ruang dapur dapat adalah merupakan sesuatu objek yang menarik utk membantu membentuk ruang dapur yg sempurna.
  4. Aplikasi cermin bersaiz sederhana di ruang panel tahan percilkan umpamanya dpt menyuntik cahaya di dlm sudut yg gelap. Fungsi cermin tersebut berganda kesannya apabila anda sedang memasak dgn api dapur terpasang. Biasan cahaya memberi impak istimewa di ruang dapur.
  5. Perggunaan aksesori seperti alas pinggan yg direka menggunakan elemen cermin tidak kurang hebatnya utk menyuntik nilai dekorasi mewah. Gaya yg hebat seperti ini akan memancing tumpuan sesiapa pun ketika di meja makan. Ini ditambah pula dgn gandingan pinggan mangkuk yg ekslusif akan membiaskan impak yg hebat penatan di meja makan secara keseluruhan.
  6. Penggayaan cermin sebagai aksesori dinding di ruang dapur mahu pun di ruang makan turut boleh dijadikan helah utk menutupi kesan kerosakan pd dinding. Cara ini mudah dan ringkas utk diaplikasikan.
  7. Menghias ruang dgn menggantung bingkai cermin ada faedahnya. Ia boleh diubah kedudukannya dari masa ke semasa. Setiap kali diubah, ia akan memberi kesan mood berbeza pd. ruang.
  8. Memberi kelainan, gayakan peletakan cermin di bahagian siling ruang makan. Tata hias meja makan yg sempurna akan membentuk imej yg istimewa di ruang siling anda dan kesannya sungguh menakjubkan.
  9. Pilihan bingkai cermin harus diambil kira juga utk memberi impak dekorasi ruang yg diingini. Contohnya bingkai cermin yg dipenuhi dgn kulit siput dan cangkerang sesuai digayakan di ruang dapur berkonsepkan tropika. Secara amnya, rekaan bingkai yg tepat akan menyokong konsep ruang yg ingin direncanakan.
  10. Gandakan impak dgn peletakan cermin di bahagian belakang item kegemaran yg ditempatkan di unit pamer. Cara ini dpt membiaskan item tersebut lebih gah dan bergaya  utk dipamerkan di ruang dapur.

No comments:

Post a Comment