Lucky Charms Rainbow

Wednesday, November 7, 2012

SEPELAN DAPUR YANG PRAKTIKAL UTK KEDIAMAN TERES


Ruang yg sempit tdk menjadi halangan di dlm mewujudkan persekitaran dapur yg menarik, praktikal dan selesa. Apa yg lebih penting ialah pengolahan serta susunan elemen dapur yg memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Prinsip asas sesebuah dapur ialah penyusunan tiga elemen utama iaitu singki, dapur dan juga peti sejuk.

Singki, dapur dan peti sejuk, biasanya disusun secara tiga segi bg memudahkan pergerakan dan penggunaan elemen tersebut. Pun begitu terdapat pengecualian bg penyusunan dapur sebegini terutama bg kediaman yg mempunyai dapur yg agak sempit dan memanjang. Bagi dapur yg mempunyai ruang yg memanjang, kedudukan elemen tersebut boleh disusun secara selari bg mengelakkan kesesakan dan memudahkan pergerakan.

Asas bg peletakan singki ialah ianya haruslah berada di bahagian tingkap kerana bg memudahkan pengaliran udara dan mendapatkan pencahayaan semula jadi. Ini akan memastikan kawasan ini lebih mudah kering. Dapur pula handaklah diletakkan di kedudukan sebelah singki dan elakkan dari berdekatan dgn tingkap kerana angin yg bertiup boleh menyebarkan api ketika memasak. Peti sejuk pula biasanya diletakkan di penjuru yg ke tiga dlm susun atur dapur.

Bagi ruang dapur yg sempit, kabinet dapur boleh dipasang sehingga mencecah bahagian siling. Ini akan dpt menjimatkan ruang dan mengelakkan pembaziran ruang yg tidak berguna. Selain daripada itu, kabinet yang mencecah siling juga kelihatan lebih kemas kerana ketiadaan ruang ruang yg kosong. Untuk meja makan pula, pastikan ruang dapur mempunyai keluasan paling minima utk membolehkan peletakan meja makan. Meja makan yg terlalu besar dikhuatiri akan menggangu sistem aliran pergerakan di dlm ruang dapur.


No comments:

Post a Comment