Lucky Charms Rainbow

Sunday, October 14, 2012

FENG DAPUR warna Shui daripada dinding di dapur - pastel dinding dan lantai gabus

Feng shui dapur mempunyai bahagian yang paling penting, iaitu dapur. Lawatan dinding pastel dan lantai gabus. Jadi apa warna dinding di dapur perlu mengikut feng shui dan anda perlu memberi perhatian tertentu ....

Feng Shui dapur mempunyai bahagian yang paling penting, iaitu dapur. Lawatan dinding pastel dan lantai gabus. Jadi apa warna dinding di dapur perlu mengikut feng shui dan anda perlu memberi perhatian tertentu .... Bahagian yang paling penting dapur dapur, dan kedudukannya adalah dipengaruhi oleh penyediaan makanan. Kedudukan tidak menguntungkan untuk dapur berada di belakang pintu, di bawah tingkap, jika ia cukup diterangi tanpa ruang kosong di hadapan. Ia adalah baik untuk menetapkan di tempat yang dari mana anda melihat seluruh bilik. Dapur tidak boleh diletakkan di tengah-tengah rumah, dan tidak hanya untuk barat daya. Lokasi terbaik sama ada di belakang rumah atau di salah satu sisinya. Semua di dapur mesti boleh diakses, bilik-bilik harus terang dan luas yang cukup untuk membolehkan pergerakan tanpa dihalang. Ia tidak harus unit dapur berantakan - bekas makanan dan dapur bekalan mengetepikan atas rak atau dalam kabinet. Pintu dapur perlu ditutup selama-lamanya kerana melihat pintu terbuka membangkitkan kelaparan. Satu bakul sampah hendaklah diletakkan di bawah tenggelam, tetapi adalah wajar untuk mempunyai perlindungan ini. Warna-warna yang paling sesuai untuk dapur yang lembut - warna vanila dan pic. Gabus dan kayu, menurut feng shui, bahan yang sesuai untuk lantai dapur. Lapisan keluli dan jubin seramik boleh menyebabkan pesat Chi, yang tidak baik di dapur jika anda menghabiskan banyak masa kerana anda boleh ekzos. Selaras dengan prinsip-prinsip asas Feng Shui daripada kesucian, semua permukaan di dapur juga perlu dinyalakan, dan dapur secara keseluruhannya perlu tanpa cela bersih. Semua perkara-perkara yang tidak digunakan perlu dibuang - mesti di luar sana perkara-perkara sahaja yang diambil setiap hari di tangan anda.

 

Tip memasang langsir dapur

Sudah menjadi trend kita menukar langsir setiap tahun. Langsir-langsir lama disimpan. Setidak-tidaknya boleh digunakan ditempat lain. Pernahkah anda terfikir untuk memasang langsir lama bilik anda di dapur?. Tidak perlulah kita membazir. Nanti dulu…anda tidak boleh gunakan langsir lama. Kenapa?. Kerana fungsi dan aktiviti di dapur berbeza dan memerlukan perhatian yang sewajarnya semasa menghias rumah anda.

Langsir dapur lebih terdedah dengan kepanasan dan humidity berbanding di tempat lain. Langsir lama yang menghiasi ruang tamu atau bilik tidur anda sebelum ini mungkin materialnya dari jenis yang memerlukan penjagaan rapi atau cucian kering. Atau lebih tepat dipanggilheavy curtain. Tebal dan berat. Langsir yang tebal mudah memerangkap lembapan dan bau hapak. Jadi,light curtain (nipis dan ringan) lebih praktikal kerana beberapa sebab.
Langsir dapur sepatutnya membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk untuk menambah kecantikan dapur anda secara semulajadi. Heavy curtain hanya akan menghadang cahaya, menjadikan suasana dapur gelap dan tidak sesuai untuk memasak. Jadi, elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapur. Tetapi tidaklah terlalu jarang atau nipis hingga orang di luar boleh nampak dengan mudah.
Light curtain pula membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap. Heavy curtain hanya akan memerangkapnya. Memilih kain langsir seperti lacenylon dan cotton lebih sesuai. Langsir dapur juga sepatutnya senang untuk dicuci dan dijaga. Adakalanya hanya perlu dikibas untuk membuang debu.
Semasa hendak memasang langsir, pastikan jarak langsir selamat daripada api dapur yang mungkin boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini. Jika terlalu hampir dengan dapur masak, mungkin idea anda kurang sesuai sebab langsir akan lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan. Seterusnya mungkin menyebabkan bau hapak menguasai ruang rumah anda. Seperkara lagi, bagi kes tertentu, langsir tadi mungkin juga akan memerangkap minyak daripada pelbagai jenis masakan yang akan meningkatkan risiko kebakaran.
Sekiranya tingkap dapur dekat dengan jalanraya, privacy mungkin jadi keutamaan dan anda sememangnya memerlukan langsir. Berapa jauh rumah anda dengan jiran. Jika berjauhan dengan jiran, terutama bagi anda yang duduk di kawasan sedikit terpencil daripada kesibukan, langsir dapur mungkin tidak perlu sangat. Anda boleh menikmati pemandangan luar ketika di dapur dan juga membenarkan sebanyak mana yang boleh cahaya masuk.
Warna peralatan, kabinet dan countertop dapur anda akan mempengaruhi stail langsir yang anda pilih. Langsir akan lebih nampak bergaya sekiranya padan dengan bahagian dalaman dapur yang lain. Anda juga boleh padankan warna langsir dengan lantai dapur, warna dinding ataupun wallpaper yang digunakan. Secara umumnya, gunakan langsir bercorak jika warna dinding dapur adalah solid. Dinding yang dihias dengan wallpaper lebih sesuai dengan langsir yang plain (tanpa corak).
Satu lagi yang penting adalah ukuran langsir. Berikan perhatian pada saiz dan panjang langsir. Langsir yang panjang dan labuh mungkin nampak cantik di tempat lain, tetapi bukan di dapur. Ukuran langsir dapur sepatutnya sama mengikut saiz tingkap. Langsir labuh mudah terkena percikan air, kotoran dan menyerap lembapan.
Masih belum jumpa langsir yang sesuai?. Satu lagi pilhan, anda boleh gunakan blind curtain. Mudah dijaga dan tidak mempunyai daya serapan. Sangat sesuai untuk menghalang pandangan dari luar terutama pada waktu malam, tetapi masih membolehkan cahaya masuk pada waktu siang. Anda juga boleh membuka tingkap untuk membenarkan udara segar memasuki ruang dapur rumah anda.

Jenis jenis Table Top

SOLID SURFACE
Solid Surface adalah antara bahan yang paling sesuai untuk permukaan kabinet dapur. 
Bahan ini mempunyai ciri-ciri yang mudah dibentuk mengikut keinginan pemilik , mudah dibersihkan, serta mempunyai pelbagai pilihan warna menjadikan material ini salah satu jenis permukaan yang versatil.
Terdapat 2 jenis ketebalan yang boleh dijadikan pilihan iaitu 1/2 inci dan 1/8 inci tebal.


MARMAR
Marmar juga merupakan bahan yang sesuai dijadikan permukaan kabinet dapur. Ia nya tidak mudah rosak, tidak mudah calar dan tergores, dan tidak mudah terjejas akibat sisa makanan atau bahan beralkali jika betul penjagaannya. Permukaan ini paling sesuai digunakan untuk penyediaan makanan seperti doh.
Biasanya saiz marmar dipotong mengikut saiz standard iaitu 12 inci x 12 inci.


GRANITE
Granite kelihatan seperti marmar tetapi ianya lebih kukuh.
Permukaannya juga lebih halus, licin dan stabil. Granite tidak mudah calar dan senang untuk dibersihkan. Ianya juga kalis air, dan anda tidak perlu risau kerana air tidak akan menjejaskan kualitinya. Kos nya agak tinggi berbanding material yang lain kerana ianya sangat keras dan sukar untuk memotong dan membentuk permukaannya. Harganya akan menjadi lebih mahal jika anda memilih granite eksotik atau terdapat carikan emas tertanam di dalamnya.
Untuk menjimatkan kos, biasanya pengeluar akan menghasilkan ketebalan standard iaitu kira2 3cm tebal.


KAYU BERLAMINA
Material jenis ini adalah pilihan tepat untuk mereka yang mempunyai bajet yang sedikit dan terhad. Ia juga sesuai diletakkan di kaunter bar. Biasanya kawasan ini hanya digunakan untuk aktiviti-aktiviti ringan seperti makan dan minum. Paling menarik, material ini mempunyai pilihan warna yang pelbagai.Tetapi kayu berlamina tidak dicadangkan untuk aktiviti lasak kerana material ini tidak tahan terhadap air kerana ianya hanya diperbuat dari kayu dan dilaminakan.


KELULI TAHAN KARAT
Bahan ini masuh baru dipasaran di Malaysia. Ianya menampilkan stail dan konsep yang kontemporari. Kebanyakan ruang dapur profesional seperti restoren dan hotel menggunakannya untuk permukaan kaunter kerja mereka. Ianya amat mudah dijaga dan dibersihkan. Tetapi ianya tidak sesuai untuk digunakan untuk kaunter semenanjung.


KAYU
Kayu yang sesuai adalah nyatuh, mahagoney dan maple. Material ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja menguli doh. Selain itu juga, boleh digunakan untuk memotong sayur atau bawang. Tetapi aktiviti ini akan meninggalkan kesan calar pada permukaan nya.

Tiles sesuai untuk dapur

KONSEP KONTEMPORARI

Warna yang sesuai adalah warna2 yg terang dan bentuk yg sesuai adalah bentuk segi empat tepat.
Material adalah dari jenis porselin, kaca dan logam.








KONSEP MODEN
Untuk dapur kelihatan moden, kita msti menggunakan jubin kosong tanpa motif. Kalau nak nmpak elegen, bleh menggunakan warna hitam. Warna2 lain yang dirasakan sesuai adalah putih dan merah.





 


KONSEP MODEN MINIMALIS

Biasanya konsep ini sesuai menggunakan jubin yang bersaiz besar serta jubin yang tidak bermotif. Material yang sesuai adalah materiak seramik atau batu. Warna2 pastel dan lembut sesuai digunakan.















KONSEP KLASIK

Untuk mereka yang suka sangat konsep klasik, jubin yang sesuai adalah jubin yang bermotif. Biasanya motif2 yang digunakan adalah bunga-bungaan, corak2 organik dan sebagainya. Material jubin dari tanah liat amat sesuai untuk menghidupkan lagi konsep klasik dapur.


KONSEP MEWAH/EKSLUSIF
Sesuai menggunakan material jubin dari jenis batu atau marble. Untuk nampak lebih elegan, gunakan satu atau dua gaya jubin berbeza.






KONSEP MEDITERANIAN
Material jubin yang sesuai adalah jenis terracotta, porselin atau seramik. Warna2 yang sesuai adalah warna2 terang seperti merah, kuning atau biru. Warna2 ini akan menyerlahkan lagi ruang dapur.

Dapur Kecil Dan Cute

Jika kita mempunyai dapur yang besar, macam2 kita boleh buat..nak letak tall cabinet, nak ada island di tengah-tengah, nak ada breakfast table..semuanya boleh..tapi bagaimana pula bagi mereka yang mempunyai dapur yang kecil dan comel, yang mempunyai ruang yang agak terhad.
Mempunyai ruang dapur yang kecil tidak menghalang kita untuk mendapatkan rekabentuk yang menarik.

Antara tindakan yang boleh diambil adalah:

- jika kita memerlukan ruang penstoran yang agak banyak, kita boleh menggunakan kabinet penuh hingga ke ceiling untuk kabinet atas. hal ini dapat menambah kan lebih banyak ruang penstoran untuk perkakas dapur.


- untuk menampakkan ruang dapur lebih luas, gunakan warna2 lembut atau warna2 pastel..so dapur akan nmpak lebih luas

- selain itu, cermin juga boleh digunakan samaada pada bahagian dinding antara ruang kabinet bawah dan atau boleh juga menggunakan cermin untuk material pintu. tetapi dinasihatkan tidak menggunakan cermin untuk semua pintu, cuma gunakan untuk sebahagian pintu sahaja. cermin akan memberi kesan terhadap ruang supaya kelihatan berganda (double effect).

- untuk menampakkan dapur kelihatan menarik, gunakan warna-warna yang terang pada satu2 sudut tertentu atau pada barang2 perhiasan yang tertentu. ianya adalah sebagai focal point untuk sesuatu ruang dan menjadikan ruang lebih segar dan menarik.


- menggunakan sinki yang tidak terlalu besar, so ruang kerja menjadi lebih luas.

- mintalah nasihat pereka dapur yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah anda.

semoga tips ini dapat membantu anda..selamat mencuba!!

Dapur sempit kelihatan luas

PEMILIHAN WARNA

Pemilihan warna cerah dan lembut adalah paling sesuai dan amatla digalakkan. Contohnya warna beige, putih susu, putih mutiara atau kuning cair. Bagi mereka yang berani dan suka kan kelainan, warna2 seperti ungu muda, biru muda, merah jambu, hijau muda dan jingga muda boleh digunakan. Ini kerana warna2 ini tergolong dalam warna2 lembut. Warna terang haruslah dielakkan kerana warna2 ini akan menjadikan sesuatu ruang nampak lebih kecil dari saiz sebenar.




AKSESORI

 Kita harus pandai memilih dan menyesuaikan aksesori dengan konsep dapur yang dipilih. Jika kita tersalah pilih, dapur akan kelihatan semak dan serabut. Contohnya, aksesori yang bersaiz kecil, jika dipamerkan dengan jumlah yang banyak boleh mengakibatkan ruang dapur kelihatan tidak teratur dan serabut. Minimumkan penggunaan aksesori. Cukuplah dua atau 3 aksesori sahaja digunakan atau gunakan aksesori yang praktikal sahaja.



 SUSUN ATUR

Jumlah perabot untuk ruang terhad mestilah sederhana supaya ada ruang untuk laluan. Jangan meletakkan kabinet atau meja yang tidak mempunyai fungsi yang penting di ruang dapur. Elakkan meletakkan meja makan di ruang dapur jika ruang dapur kita hanya sekangkang kera sahaja.

 




SILING

Siling yang tinggi akan menampakkan ruang dapur lebih luas. Ketinggian normal siling adalah 9 kaki. Elakkan menggunakan plaster siling kerana ianya akan merendah kan siling. Lebih baik tinggikan sedikit siling kira2 10kaki atau 11 kaki. Jangan menggunakan hiasan siling yang terlalu rumit kerana ianya akan mengecilkan ruang dapur. Jangan mengecat siling dengan warna2 yang gelap kerana ianya akan membuatkan siling kelihatan lebih rendah. Warna siling yang paling sesuai adalah warna putih.


LAMPU
Lampu yg diletakkan di bwh kabinet atas dan lampu tumpu ke arah siling alkan memberikan ruang dapur kelihatan lebih tinggi dan luas.


LANTAI
Jangan sesekali menambah kesesakan ruang dapur yang kecil dgn meletakkan barang atau perkakas di atas lantai. Contohnya meletakkan bakul sampah. Letak lah bakul sampah di dalam kabinet.
Hal ini dapat membantu laluan trafik dan menampakkan keadaan dapur lebih kemas dan selesa.


CAHAYA SEMULAJADI


Semakin banyak cahaya masuk ke dlm sesebuah ruang, ruang tersebut akan kelihatan lebih luas. Lebih elok jika tingkap di dapur lebar dan tinggi untuk memudahkan cahaya masuk sepenuhnya disamping memberikan pengudaraan yang bauk kepada ruang dapur.

Friday, October 12, 2012

✿✿ Tips Menghias Ruang Dapur/Kitchen Yang Sempit ✿✿

Ruang dapur adalah antara ruang utama sebuah rumah yang sering digunakan. Jika dahulu, aktiviti di dapur hanya terhad untuk memasak, namun dengan pelbagai rekaan dan konsep ruang masa kini, dapur semakin diberi tumpuan bagi menarik perhatian terutama tetamu yang bertandang. Jangan risau jika saiz ruang dapur anda agak terhad. Dengan mengikuti beberapa tip berikut, ruang yang kelihatan sempit tadi mampu memberi keselesaan ketika memasak...bahkan mampu mencuri perhatian.



  • Memandangkan dapur kerap menjadi tempat tumpuan anak-anak, pilihlah konsep yang lebih ringkas dan hiasan yang minima. 
Make Over Kitchen Interior with Modern WhiteFamily-Friendly Kitchen

  • Elak menggunakan wallpaper secara menyeluruh, dan yang bercorak padat. Jika perlu, hanya gunakan sebagai garis sempadan.
  • Pastikan saiz meja makan sesuai dengan ruang yang ada. Meja bulat kecil adalah yang paling praktikal bagi memberi sedikit kelegaan untuk bergerak, tetapi meja bersegi adakalanya membantu kerana boleh dirapatkan ke dinding. Panduan beli perabot kayu.
17 kitchen island credit 2 Contemporary Kitchen Ideas: Get The Look
  • Pemilihan langsir ringkas tanpa corak dan ukuran yang sesuai juga berguna untuk menampakkan keluasan ruang dapur. Seeloknya anda menggunakan blind curtain yang mana selalunya mempunyai susunan melintang untuk menambah ciri kelebaran ruang. Tip memasang langsir dapur.
 
  • Rancang pemasangan kabinet lekap (fixed cabinet) dengan teliti mengikut kesesuaian ruang. Gunakan kabinet di bahagian atas dinding untuk menyimpan segala peralatan dapur dan bina sekali ruang untuk menempatkan alatan elektrik seperti ketuhar. Jangan lupa peti sejuk satu kemestian bagi sebuah dapur. Sedia/tinggalkan ruang untuk alatan tersebut semasa memasang kabinet. Lebih bagus jika mempunyai ruang khusus untuk meletakkan tong sampah

    modern-ikea-2010-kitchen-design-ideas-01


    keep everything in place, smart label and organized, easy to find ma ...
Martha's Kitchen Rules
Shelving in place of upper cabinets makes the room look lighter and airier. "I use everything in my kitchen regularly, and shelves make it all accessible," Martha says.
  • Gunakan dapur yang berciri pelbagai guna untuk mengurangkan jumlah alatan elektrik di dapur.
  • Akhir sekali, amalkan mengelap hingga kering dan menyimpan terus pinggan mangkuk, periuk belanga, dan lain-lain di tempatnya sejurus selepas dibasuh.
Stylish Pot Racks
Pot Rack Ideas
Pot racks can be a fun and easy way to accomplish stylish kitchen organization. Find them here in an array of styles, finishes, and mounts to create that organized kitchen you have always dreamed of
Bedford Farmhouse Kitchen
small kitchen ideas !