Lucky Charms Rainbow

Tuesday, October 2, 2012

Perbezaan Solid Surfaces Dan Granite

Granite Black Galaxy
 Granite kelihatan seperti marmar tetapi ianya lebih kukuh.
Permukaannya juga lebih halus, licin dan stabil. Granite tidak mudah calar dan senang untuk dibersihkan. Ianya juga kalis air, dan anda tidak perlu risau kerana air tidak akan menjejaskan kualitinya. Kos nya agak tinggi berbanding material yang lain kerana ianya sangat keras dan sukar untuk memotong dan membentuk permukaannya. Harganya akan menjadi lebih mahal jika anda memilih granite eksotik atau terdapat carikan emas tertanam di dalamnya.
Untuk menjimatkan kos, biasanya pengeluar akan menghasilkan ketebalan standard iaitu kira2 3cm tebal.



Solid Surface

Solid Surface adalah antara bahan yang paling sesuai untuk permukaan kabinet dapur. 
Bahan ini mempunyai ciri-ciri yang mudah dibentuk mengikut keinginan pemilik , mudah dibersihkan, serta mempunyai pelbagai pilihan warna menjadikan material ini salah satu jenis permukaan yang versatil.
Terdapat 2 jenis ketebalan yang boleh dijadikan pilihan iaitu 1/2 inci dan 1/8 inci tebal.




GRANITE adalah bahan yang berasaskan daripada batu manakala SOLID SURFACE berunsurkan campuran bahan-bahan kimia. Penggunaan batu granite agak tinggi dari segi kos tetapi dari segi ketahanan granite adalah yang paling terbaik.Solid Surface pula dari segi ketahanan ianya sangat sukar dari segi penjagaan kerana apabila rosak risiko untuk memperbaiki nya amat tipis.Nantikan lebih details dari kami berkaitan GRANITE dan SOLID SURFACE.

No comments:

Post a Comment