Lucky Charms Rainbow

Wednesday, October 3, 2012

Jenis Jenis Material Pintu

Dari segi material pilihan untuk binaan kabinet dapur pula perlu diteliti sepenuhnya supaya bajet yang anda keluarkan lebih berbaloi.
Material Pintu : Melaime
Melamine antara material sesuai untuk pintu kabinet dan ia adalah serbuk yang dimampatkan menjadi kayu selain anti anai-anai, anti reput dan anti kembang.
Bukan sekadar murah dengan kualiti terjamin malah materialnya tidak mudah tercalar dan tahan lasak.
Kepelbagaian aliran warna yang ditawarkan juga membuatkan melamine sering menjadi pilihan kerana ia tidak lapuk ditelan zaman.
Material Pintu : 3G Glass

Material 3G Glass pula adalah papan yang dilapik pada bahagian depan dengan kaca supaya menampakkan hasil lebih moden, berkilat, bersih, senang dicuci dan tidak mudah calar.
Warna-warna yang ditawarkan lebih terang dan menyerlah mengikut cita rasa pemilik kediaman.

Material Pintu : Acrylic Door
Seterusnya arkilik pula tidak kurang hebatnya apabila menampilkan warna unik. Akan tetapi material arkilik ini mudah calar.
Material Pintu: Solid Semangkok
Bagaimanapun material lain seperti solid nyatoh atau solid semangkok pula sejenis kayu tahan lasak dan lebih kelihatan warna asli.

No comments:

Post a Comment