Lucky Charms Rainbow

Monday, October 1, 2012

TEMA (WARNA)

Warna merupakan salah satu kaedah yang paling mudah untuk memberikan personaliti kepada dapur anda, sama ada anda mahukan ia berwarna lembut, tenang atau dramatik. Pilih warna tema yang sesuai untuk dapur, sepadan dengan personaliti anda agar bakat master chef yang terpendam di dalam diri anda selama ini dicungkil keluar dan juga untuk menghasilkan suasana yang selesa. Berikut senerai warna dan kesannya yang sepadam.

Material Kaca 3G digunakan kerana mempunyai ciri ciri seperti kaca serta menampilkan kesan luas dan bersih.



1) PUTIH
Perlambangan kepada kesucian. Ia menenangkan dan meluasakan ilusi pandangan memberikan impak   keluasan yang maksima dan tanpa sempadan.



2) BIRU
Memberikan ketenangan dan meningkatkan kadar respirasi serta tekanan darah, sambil meningkatkan selera makan. Ia mengingatkan kita pada awan, ruang dan lautan.



3) HIJAU
Melambangkan keseimbangan dan harmoni, dikaitkan dengan semula jadi, kesihatan serta kemakmuran. Ia juga elegan dan menyegarkan. Pepohohonan serta persekitaran hijau adalah refleksi ilusi hijau.



4) KUNING
Lambangkan kehangatan. Ia menceriakan dan menghangatkan suasana. Dikaitkan dengan raja, matahari dan lemon. Menjadikan dapur anda terang dan ceria.


5) Jingga
Merangsang dan bertenaga. Ia juga menghangatkan dan kadangkala provokatif. Warna mesra dan mengalu-alukan  membuatkan anda merasa selesa. Warna sitrus, jingga sering dikaitkan dengan makanan berkhasiat dan meningkatkan selera.


6) MERAH
Meningkatkan tekanan darah dan emosi. Turut menambah selera anda.Melambangkan keberanian dan dinamik. Ia juga warna yang menyerlah dan menarik perhatian.


7) COKLAT
Warna tanah yang memberikan impak tekstur dan dimensi. Ia juga melambangkan nilai tropika dan tradisional.




8) HITAM
HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan 'tak lekang dek zaman', dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.

No comments:

Post a Comment