Lucky Charms Rainbow

Sunday, October 7, 2012

Merancang kabinet dapur anda

Saya merupakan seorang pereka dalam yang ingin berkongsi tip pada anda. Selamat membaca!

Dapur boleh dikatakan adalah tempat yang istimewa buat orang perempuan. Jadi dapur yang selesa dan cantik akan lebih memberi semangat untuk kaum hawa ini untuk menjalankan tugas mereka. Fungsi asas dapur sebenarnya ada 3:

a) Menyediakan makanan
b) Memasak dan menghidang
c) membasuh pakaian.

Jadi dalam merancang untuk kabinet dapur yang ideal, pergerakan dalam melakukan tugas-tugas diatas tidak akan menganggu perjalanan kita dari satu kawasan ke satu kawasan. Sebab itu dalam asas konsep hiasan dalaman "Working triangle" amat penting.

Dalam merancang pembinaan kabinet dapur supaya "working triangle" kita selesa hendaklah kita membuat sedikit perancangan. Cth:

a) Ruang dapur berapa luas, tingkap kat mana, pintu kat mana, paip kat mana.
b) Perkakas - perkakas elektrik, peralatan dapur dan sewaktu denganya dimana hendak diletakan.
c) Lampu atau aksesori lampu dimana hendak diletakan.
d) Menentukan "finishing" iaitu material samada nak pakai laminate, acrylic, solid wook, chipboad dan sebagainya.

Perkara diatas adalah asas permulaan dalam merancang kabinet dapur samada dalam ruang yang sempit atau luas.

 Apa itu 'Walking Triangle'?

Ianya sebenarnya adalah gabungan 3 zon. Untuk mendapat ruang yang maksima dalam merancang kabinet 'walking triangle hendaklah berada dalam ukuran 3600mm dan 6600mm. Ianya adalah untuk mengurangkan kesesakan semasa melakukan kerja-kerja di dapur.

1) Kabinet dapur berbentuk koridor.

Dapur ini biasanya dapur ruang kecil. Dapur jenis ini kebanyakannya dapur apartment. Rekabentuk paling ideal adalah mempunyai dua baris kabinet dapur. Ruang minima adalah 1200mm.

2) Kabinet dapur jenis L-Shaped.

Ini merupakan salah satu rekaan bentuk yang ideal. Memudahkan pergerakan dan boleh banyak menyimpan barang dan perkakas elektrik.

3) Kabinet dapur berbentuk U

Ini merupakan rekaan kabinet dapur yang sangat menyenangkan. Ianya memudahkan pergerakan dan senang untuk mencapai peralatan. Seperti biasa ideal ukuran untuk kabinet dapur jenis ini ialah ruang atau 'gap' minima ialah 1200mm

4) Kabinet dapur yang ditambah dengan 'Island'

Ini merupakan dapur mewah. Kebanyakanya untuk ruang dapur yang luas. Pergerakan yang selesa dan ditambah dengan 'Island'.



No comments:

Post a Comment