Lucky Charms Rainbow

Wednesday, October 3, 2012

Tips Memilih Kabinet Dapur dengan Cermat


Memilih kabinet dapur memang bukan perkara mudah. Banyak hal yang perlu diperhatikan. Selain reka bentuk yang dekoratif sesuai dengan tema yang akan dihadirkan di dapur anda, Aspek lain yang lebih penting iaitu fungsi kabinet itu sendiri untuk menyimpan barang perabot dapur. Oleh itu, sebelum memilih kabinet dapur, Anda perlu memperhatikan beberapa hal berikut.

1)    Tentukan kegunaan kabinet. Biasanya, di dapur tidak hanya terdapat 1 buah kabinet. Semakin banyak aktiviti anda di dapur, maka akan semakin banyak pula perabot yang diperlukan. Secara automatik anda memerlukan banyak kabinet. Sesuaikan kabinet anda dengan jumlah perabot. Jangan lupa untuk maksimumkan dengan memberikan spesifikasi di setiap kabinet. Misalnya, asingkan antara kabinet untuk alat makan dengan kabinet alat masak.

2)    Kelompokan kabinet sesuai dengan alat yang digunakan. Perabot yang sering digunakan ditempatkan di lokasi yang mudah diketahui. Hal ini akan mempengaruhi aliran anda ketika beraktif di dapur.

3)    Dapur merupakan ruang dalam rumah yang hampir setiap hari digunakan. Apatah lagi bagi pemilik rumah yang hobinya suka memasak. Pilih bahan kabinet yang kuat dan kukuh. Selain itu, pilih juga kabinet dengan reka bentuk yang fleksibel sesuai dengan ukuran dapur anda. Untuk dapur yang tidak terlalu luas, pilih kabinet dengan pintu geser agar tidak terlalu memakan tempat saat beraktif di dapur.

4)    Pilih jenis kabinet. Jenis kayu yang sesuai untuk ruangan dapur anda adalah Melamin, Nyatoh Playwood , MP Door dan yang terbaru terdapat di pasaran adalah 3G. Pelbagai jenis kayu yang lain boleh anda dapati di bilik pameran (showroom) kami. Apabila anda ingin membeli kabinet dapur, pilihlah kabinet yang sesuai dari segi warnanya yang terang dan pilih jenis-jenis kayu yang bersesuaian dengannya kerana ruangan di dapur anda tampak kelihatan lebih luas.

5)    Jika anda ingin membeli kabinet set yang sudah siap., sesuaikan dengan tema dan keperluan anda di dapur.

6)    Perhatikan bahan yang dipilih. Kabinet yang jenis kayu harus dirawat secara berkala agar tidak rapuh dimakan oleh anai-anai atau binatang lain. Jika kabinet yang jenis besi mesti selalu dibersihkan agar tidak mudah karat.

No comments:

Post a Comment